31 July 2010

Cik Kerm's Giveaway..

Salam semua.. Happy Weekend sume..

Kali ni, Cik Kerm pun nak wat giveaway.. Bagus la geng2 crafter ni. Suka menggembirakan orang lain. Ye la, bagi hadiah free kat orang lain tu kan boleh menggembirakan orang. Dan menggembirakan orang lain kan dapat pahala. Bagus kan? hihi.. (bile la plak Alya nak buat GA?.. hu.. tak pernah terfikir pun lagi.. )

Ok la.. Meh pakat join GA Cik Kerm. Cik Kerm ni sangat pandai buat plushies tau. Tiap kali Alya tgk updates pasal plushies hasil tangan Cik Kerm, mesti telan air kiur. Cantik woo.. Geram je nak pegang2, cubit2, peluk2.. Hish!!..

Lets Join It! Hadiah best woo..


Sape kate tak cantik? Meh Alya babab! Nampak pun dah tau. Gebu gile. Cik Kerm guna kain fleece ni kalau tak silap. Memang gebu dowh.. Hiiishhhh! Geram!

Dah2 tu, meh pakat join. Cik Kerm memang pakar buat plushies. Alya pun memang sedang menanti sesuatu yang Alya order dari Cik Kerm. Bile la agaknye leh dapat ek? hihi..

Ok, meh klik sini untuk tahu lebih lanjut..
CIK KERM'S CRAFT



Kak Tini's Giveaway..

Salam semua.. Salam bahagia.. Moga semua sentiasa berada di dalam payung Rahmat Nya selalu..

Meh sume.. Alya nak pakat ajak korang join n memeriahkan lagi Giveaway Kak Tini.



Sempat lagi ni nak join wpun sedikit ketinggalan. Jom2.. pakat join ek!


Alya pernah beli kain ngan Kak Tini n sangat2 puas ati. Dah jadi beg dah pun kain2 tu wpun tak secantik hasil Kak Tini buat. Dah la tu.. Jom join jom!!

TINY TINI COLLECTION
(klik atas ni ye untuk join)

25 July 2010

Order from Amal..

Salam semua..

Amal ni classmate Alya. She's a Thais. Foreigner jugak la kan wpun die boleh cakap Melayu. Tapi Alya suke jugak speaking ngan die. Ade jugak la tempat boleh Alya praktis speaking wpun bhabuk! Sebelum Alya mengarut, Alya nak tunjuk order Amal ni. Simple je. 2 keychain je..


Flower 002, ngan Car 001



Car 001
Ni first time Alya wat kete ni. Banyak kena improve ni.





Flower 002
Ni munge. Warna purple plak kali ni..





Hope u like it dear.. Thanks Amal!

22 July 2010

Order Aisha

Salam semua.. Moga semua selamat2 selalu..

Ni order Aisha.. Aisha ni memang bagi fullest support kat Alya tau. Thanks beb! Kali ni Aisha nak bagi keychain ni sebagai hadiah kat kawan dia. Aisha memang suka bagi Alya cuba sesuatu yang baru. Tak banyak songeh sangat. Alya suke. hehe.. Baru la Alya bole cuba untuk mula sesuatu yang baru. Boring sebenarnye buat benda yang same je.. Ok2.. meh tengok..



Depan


Belakang

Simple je. Tapi Alya suke. Hope Zue a.k.a penerima hadiah pun suke.

Thanks Aisha!

Description: Circle with two side deco
Boleh request nak keychain, hp charm or brooch
Price: RM 3.50
(kalau nak single deco, RM3.00)

21 July 2010

Order Diana

Salam semua..

Selepas berhempas pulas nak start berkraf balik, at last Alya berjaya jugak siapkan order Diana ni. Diana nak tag nama ni 4 pcs. Meh negok meh..


Same je 2 ni. Cuma nama je lain. Ribbon dia pun Alya buat lain2. Sume Diana yang request.


Ni mesti Diana nak bagi parent dia ni. Pandai Diana main color kan?


Ni semua 4-4 tag nama tu. Alya ada bagi free gift yang tak seberapa tu. Harap Diana suka.

Order ni dari Kuantan. Diana, Thanks ye. Terima Kasih jugak sebab sudi menunggu.. hehe..

20 July 2010

Misi di Rumah

Salam bahagia semua..

Ok lah, kali ni Alya nak tunjuk hasil kerja tangan newbie macam Alya ni sepanjang cuti sem yang 2 minggu tapi hakikatnye macam 2 hari je..

Tapi tak semua pun MISI terlaksana.. Bukan senang nak menjahit kalau duk umah tau. Enjoy viewing ok..


First Project:
Bag

First project Alya mula dengan continuation dari entri ni. Nak tengok ape dah jadi? Meh2.. hehe.. Jangan gelak ye..

cantik ape kan?? hehe


Jadi beg rupe nye.. Alya ni memang pelik2 sket. Baru la nampak handmade nye kalau pakai beg camni.. hehe..


Tapi bile dah siap, tak sanggup plak nak guna pegi kelas. Colorful sangat.
Setakat isi laptop bawak g bilik TV je bole la.. =)


Second Project:
Sling Bag yang digantikan kpd Mini Tote Bag
Sling Bag tak jadi buat sebab rase malas plak nak sauk2 tali beg. Baik pegang je kan?

Beg ni Alya isi purse Alya yang panjang tu. Instead of bawak beg yang gedabak besar, or pegang purse n handset kat tangan je, bole la Alya bawak beg tecik ni..
Kain ni beli ngan Kak Tini.. Sori la kak, Alya tak reti sangat nak mengkreatifkan diri ni..



Third Project:
kena buli ngan adik Alya..
memacam die suh buat..

Mula2..
Pencil Case. Muat kalkulator Casio 570 dia tu.
Note: Sila abaikan pelekat kuning kat tepi tu. Alya tersalah punch eyelet, pastu cover ngan PVC. Burok sangat..


Pastu,
minggu depannya dia balik lagi, mintak buat satu lagi pencil case. Sebab umi beli kain perca kat Nagoya 50sen je. hehe.. Alya layankan aje.. Yang penting, Polka dot lagii..

Yang ni dia yang request nak color itu ini.. Buruk pun die tak kisah. Memang jadi bahan eksperimen je adikku ni.. hehe..

Pastu, Alya pun buat untuk Alya sendiri pouch tecik ni..
Tecik je ni. Alya isi barang2 perempuan dalam ni. Senang nak angkut kesana sini.
Tambah2 kalau kena stayback kat Kuliyyah sampai petang.

See! Jahit pun senget. Hehe.. Ape la Alya ni kan?



Forth Project: Langsir

Alya jahit langsir untuk bilik Alya kat UIA ni. Langsir lama tu ala-ala umah makcik2 je. Kali ni Alya jahit biase2 je. Takde ropol2 ape pun. Straight je. Walaupun senang je, buruk gak sket2 Alya jahit.. Takpe lah, sendiri pakai.. hehe.. (bole ke camtu?)

Alya duduk compartment A ye. A for Alya. heh~

Close up sket corak die. Ni tak ala-ala makcik dah kan?


Fifth Project:
Bolster

Alya buat bantal peluk ni ade makna sebenarnye. Hehe.. Disebabkan nak bawak fiber fill yang Alya beli ngan Sus tu balik KL, Alya kena la sorokkan disebalik bantal peluk ni. Ni je cara yang ada. Senang nak bawak, n sampai KL nanti..

Besar tau.. Malu gak sebenarnye, tapi ape boleh buat.. Angkut je la..

Kalau nak tau, bantal ni Alya dah bawak kehulu-kehilir tau. Semuanya kes Alya tertinggal beg dalam bas mase turun bas kat greenwood aritu. Alya gi kejar bas tu sampai Putra dengan bawak bantal ni tau. Sampai ke malam kejadian tragis Alya tu. Nasib baik my BFF datang amik kat putra tgh2 malam tu.
Thanks Dd!

Ade la ropol2 sket Alya buat. Walaupun buruk sesangat la rupenye.. hehe.. Takpe lah.. First try

Ni corak bantal tu. Memang menggalakkan Alya tido je. Rase cam tak nak amik je fiber fill dalam ni. Nak buat tido je. Hehe..

Itu je lah projek Alya sepanjang 2 minggu kat umah. Tu pun main celup2 je menjahit. Sebab ade masa2 nye Alya kena jaga nenek yang baru lepas stroke. Pastu, my elder bro ade wat BBQ kat umah. Pastu, gi jenjalan ngan family ag.. Sebab tu la Alya cakap, cuti 2 minggu macam 2 hari je rase. Ade lagi misi2 Alya yang masih belum selesai, Insyallah nanti cuti lagi sekali Alya sambung. hehe..

Ok sume. Ni masanya untuk Alya fokus menjahit order2 customer plak.. Thanks for viewing ye.

Daa..~


NOTE: Items displayed are not meant to be sold.
Harap Maklum.

Kembali..

Salam semua.. Salam bahagia Alya doakan..

Wahh.. Rindunye nak post entri.. Akhirnya hari ni menjadi gak Alya post entri terbaru..

Setelah Alya sengaja merehatkan diri dan memberi ruang kepada diri menguruskan hal2 hidup dan study, arini Alya kembali aktif dalam crafting n blogging. Alya sebenarnye baru start sem baru ni. Memang banyak perubahan dari sem lepas. Credit hour sem ni sampai 20.5 tau. Hu..~ So, memang banyakla yang kena Alya aturkan dan uruskan betul2 supaya study tak terjejas, dan dalam masa yang sama, hobi Alya pun tak terjejas. Ngeee..


see.. bukti ye.. 20.5 chour.


Macam mane la Alya nak menjahit ni ye? Program pun dah 2-3 menunggu. Mampu ke? Huish... Mestilah kan? Allah takkan uji kalau kita tak mampu kan? So, SAYA BOLEH!

Sungguh, banyak ujian yang berlaku kat Alya akhir2 ni. But Allah knows Best right? Alhamdulillah wa syukurillah. Walaupun Alya masih terasa berat dengan semua percaturan yang Allah uji ni, Alya masih mampu tersenyum dan manjahit dengan aman.. (Hee.. Itu penting ye..)

Okeh.. manyak nak kena update ni.. Jumpa lagi!



05 July 2010

Kak Jaja pun nak bagi hadiah.. Meh2...

Salam semua.. Salam bahagia dan di doakan semua sentiasa berada di rahmat Nya selalu..

Korang.. Kak Jaja pun baik hati nak bagi adiah free ni.. .Hadiahnye tak payah cakap la, tengok je pun dah telan air liur. Kalau nak beli sendiri, kena pikir manyak kali tau.. Meh pakat join meh.. Nak tengok adiah yang digembar-gemburkan tu? Ni haaa...



Semua ni worth at RM150 tau. Yuhuuuu.. Kalau ade rezeki, memang haven lah! Kak Ja akan pick-up 3 winners untuk dapat hadiah best ni.. Tapi, kalau korang membeli manyak2 kat kedai Kak Ja probably akan dapat ni plak..



Syaratnye tersangat lah senang. Tak perlu panjat Gunung Kinabalu belakang umah Kak Ja pun. (ye ye je tau Gunung Kinabalu blakang umah Kak Ja) Korang cuma kena penuhi beberapa syarat yang sangat simple.

FYI, Kak Ja ni memang antara main suppliers Alya dalam dunia kraf Alya ni. Tengok je buttons kat kedai Kak Ja, terus mata tak berkelip. Terbeliak bukan men, duk nengok ke 'pelik' kan bentuk2 buttons ni.. Gunting pun bole jadi buttons tau.. Ni antara buttons yang Alya pernah shopping ngan Kak Ja. Sikit pun sikit je ni.. Malu je nak tunjuk..

Dah dah.. Pegi kedai Kak Ja skang. Tengok benda2 menarik kat sane. Memang sangat best tau..

TAMU JAJAKRAF
[klik link atas ni ye]