Showing posts with label alien. Show all posts
Showing posts with label alien. Show all posts

07 June 2011

Order Aisyah Rosedi..

Salam alaykum...
Moga semua sihat dan ceria selalu.
Kali ni Alya nak tunjuk order Aisyah. Die ni my schoolmate. Banyak tolong Alya b4 masuk UIA aritu. Terangkan banyak benda pasal kos Alya since die senior Alya setahun (wlaupun kitorang sama-muda. :)) Thanks dear 4 d help..

Aisyah mintak Alya buatkan felt keychain love, n ade few customized patterns.

Belakang die, macam biase, sume ade nama. Alya layankan aje customer nak ape. Walaupun lenguh2 tangan duk gunnting huruf kecik cinonet tu. Asalkan diorang suke. :)

Since Aisyah mintak banyak sangat pattern love, Alya try tukar design atas die supaya tak nampak cam boring. Macam yang ni, Alya suke sangat. Rase tak jadi je nak bagi Aisyah. huhu..
Felt Love Hp Charm & Keychain.
Inspired by Mikylayna. Kak Sab punye laagi lah cantik cute! Go to her's now!!

Ni Domokun versi KasehIbunda Crafts. Main buat je. Tak tau la ok ke tak.

Ok. Tu je. Again, tqvm Aisyah. Please, jangan serik tau. Aku tau ko sabar.. hihi.. :)

23 June 2010

Order Azira

Salam semua.. Dah seyum ke arini? Meh senyum meh.. Takmo monyok2 ok..

Kali ni Alya nak tunjuk plak order Azira. Die order ngan Alya lame jugak la. Tpaksa tunggu pending order siap dulu, campur ngan exam lagi.. So, semalam baru siap.. Rasenye, skang barang2 ni dalam proses penghantaran ke Alor star ni. meh kite nengok2 ek..


Ni alien. Die nak 2 pattern same. Tema Merah+ Itam. Mesti satu untuk Zira, satu lagi nak bagi ehem.. ehem.. kan? hehe.. (memang pon kan?)


Ni plak Zirafah zaman moden. Selepas di warnakan ngan kaler pink. Zaman dulu mane ade zirafah kaler pink. Ade kaler owenge je kan? Kaler Zira yang request..


N lastly, Mr. Ginger Bread Man.. Alya rase yang ni GBM yg paling baek Alya buat than before. Ni pun 2 kali buat. Takpe, asal puas ati.. hehe.. GBM ni dihiasi buttons yg tomei2 Alya beli dari Kak Jaja.. =)

Ni la kesemuanya.. 4 hp charms. Hope u like ye.. Lain kali order lagi..
Thanks Azira..

15 May 2010

. Bulk Order From Ain .

Assalamualaikum warahmatullah semua..

Alhamdulillah, Alya syukur sangat2 sebab first order yg Alya dapat terus bulk order. From my younger sister. Thanx dear. Dia ni merintis Persatuan Usahawan Muda (PUM) yang dulu2 Alya la otainye.. hehe.. Dia nak 40 pcs Hp Charm untuk jual kat kawan2 dia. Wah, pening sakan kepala Alya pikir nak buat design apa, tambah2 dengan kebolehan yang serba tak boleh ada ni. Terkial2 tangan n otak mencari ilham. So, kite layan order adikku ni ye..

[Cutiey Flower]
1. Ni 3 sekawan kuntum bunga yang comei2. Mesti budak2 tu suka.. (ye ke?)


[Love]
2. Ni pulak lovely love. Colorful sungguh..


[Mr. Moo]
3. Moo.. Adik Alya mesti suka yang ni sebab dia kipas-susah-mati (die hard fan) encik2 lembu ni. Ok tak first try Alya? hehehh..


[Keroppie]
4. Ni pulak Keroppie. Alya buat 3 ekor katak ijau ni.. hehe


[Butterfly]
5. Ni pulak butterflies. Memula Alya buat 4 ekor je, pastu lame sket lepas ketandusan idea, Alya reka lagi 3 ekor rama-rama yg besar sket dari yang awal tu..


[Animals]
6. Ini la koleksi binatang2 yang Alya ternak untuk order adikku ni.. Ade giraffe, gajah, ladybug, n ikan ala-ala Nemo gitu..


[Spongebob]
7. Spongebob. Alya sempat buat 2 je.
(Ade cacat sket sebenarnya antara 2 spongebob ni. Sape yang particular mesti perasan. hehe.. )



[Alien]
8. Ni pulak koleksi alien @ monster.


[Food]
9. Ni koleksi makanan yang Alya buat. Ada donut, Ginger Bread Man, cup cake, n ice cream.


10. At last, siap jugak order ni. Suke sangat bila sume dah siap. Packing and post!


Cerita Dongeng:
Alya amik masa 3 minggu untuk buat semua ni. Lame kan? huuhu.. Sebenarnya Alya tak expect boleh siap lambat camni sekali. Tapi itulah lumrahnya bagi memenuhi tuntutan sebagai seorang pelajar. (Alya sebenarnye tetibe je dapat turn presentation n kuiz awal pulak. hurm..)

Sebenarnya dari semua yang siap ni, ada laagiii yang tersimpan terbuang. hehe.. Buat2 tak comei, simpan buang. Buat2 tak kemas, simpan buang. Tu lah Alya.. Biase la kan, orang cakap Try and Error.

**Kepada yang berminat, boleh la tengok design and pattern yang ada kat atas ni ek. Then, email je Alya okeh..
Thanks.