07 June 2010

Order Tahirah..

[Name Tag, Gaza]

Hye u olls.. Salam Bahagia sume.. Ni pon keje weekend Alya. Order dari ex-schoolmate Alya, Tahirah. Lame jugak sebenarnye lost contact dengan Tera ni, tp fesbuk [asbab] menemukan kami. Chewah!! Thanks ye Tera, sudi jugak tempah menempah ngan aku.. Nanti, jangan lupe ye, promot kat kawan2 Kuantan! Heee...

PRICES:
Name Tag one side deco : RM 4.00
Gaza Hp Charm one side deco: RM 3.00

Order Aisha again..

Salam sume.. Kali ni Aisha order lagi!! (sila baca dengan tone Tora datang lagi!) Huhu.. Kali ni Aisha nak yang 4 benda.. Kite tengok je la ye. Malas nak cakap panjang2..

[Gaza with name, Love with name]

Tadaa.. Ni la die order Aisha. Nak bagi kawan2 la ni kot banyak2. Tu la, dengan Felt Craft ni, macam2 boleh buat. Nak jadi adiah besday pun orait ape. Ongkos cume 3 hengget je. Ha, yang lain ape lagi? Jom jadikan benda2 cumil ni sebagau hadiah birthday kawan2 korang.. Cakap je nak macam mane. Nanti Alya tolong buatkan selagi mampu..

Thanks Aisha..

** Aritu Alya penah janji nak bg my BFF something kan? Aduih.. Tu sebenarnya dah jadi rekaan tertangguh dah. Tak menyempat nak buat. Tengoklah nanti. Insyallah, akan ada masa untuk Alya buat sume tu..

Keychain Gaza

[Gaza]
Alhamdulillah.. Banyak sambutan Bendera Palestine yang Alya buat aritu. Terbukti la, ramai orang2 kite yang sedar tentang apa yang berlaku sekarang. Jom terus menyokong Anti-zionist dengan segala sumber yang korang ada. Kalau tak ada, meh tempah ngan Alya keychain ni. Hehe. Insyallah, usaha kite yang kecik2 ni boleh buat saham di 'sana' nanti.. Untuk crafter kat luar sane pun, di samping buat2 tempahan tu, reka2 la jugak ape2 keychain ke, ape2 la yang boleh menyokong menyelamatkan Gaza.

**Sape la pemilik2 bendera2 ni ye? Tungguuuu....

Price: RM 3.00 (one side deco)
RM 3.50
(two side deco)- tulis nama kat blkg
** Boleh request nak buat Keychain, Hp Charm @ Brooch
Kalau nak design cam laen pon bole. Emel me, then kite discuss ok..

05 June 2010

Order Adila

Hye..
Akhirnya Alya sempat siapkan order si Dila ni. Dila ni rumate Alya mase jadi freshy kat UIA. Satu sem je. Lepas tu dah tak sebilik dah n jarang jumpe. Dah bising dah tuannye tak dapat2 lagi barang dia order.. Alaa.. paham sangat.. tak saba nak tengok la tu sebenarnye. Bile dah siap arini, tak nak datang amik plak. huhu.. Dila.. dila.. Dia balik umah sebenarnye (cam jauh je umah, padahal kat Tmn Melati tu je..) Takpe lah.. Nanti ko balik, ko amik ye.

Dila nak 4 keychain yang ade nama ni. 4-4 orang ni besfren si Dila ni. Kawan dari sekolah sampai la skang. Wlaupun diorang duk U laen2.. Bagusss.. Kekalkan persahabatan korang sampai bile2 ye..


[Name Tag: one side deco]
Mira, Dila, Nadia, Bash. BFF ok..


Thank You Adila!

Caption: Name Tag: one side deco
Price: RM 4.00

04 June 2010

Di sebalik tabir ...

Hye sume..
Minggu lepas Alya join contest Sus (my 1st otai in crafting). Alya masuk sebab:
1) Hadiah yang lumayan..
2) Nak turut same memeriahkan photo contest tu. As an appreciation jugak la untuk Sus..

So.... keputusan dia dah dapat dah pun. Sus dah umum pagi tadi - Jumaat. Amik berkat. Keputusannya ialahhhh.... ALYA is NOT the winner.. huhu.. Alya tak menang la.. (Rase nak nangis2 terlentang cam budak kecik yang tak dapat beli mainan.. hahaa.. Mengarut!! Sila jangan percaya) So, Alya dengan positifnye senyum dan turut bersyukur ats kmenangan Hazirah tu. Itu nama dia Alya belum ada rezeki nak dapat hadiah free. So, terpaksa la Alya shoppim lagi la untuk bekalan barang2 kraf Alya ni. Baru ingat, kalau menang, Alya nak cuti shopping beli barang kraf. Sebab adiah Sus bagi amat lumayan bagi Alya la..

Ok.. But I did enjoy participate on her contest. Sebab tu Alya nak cite Di Sebalik Tabir Photo Contest Sus n d Felt Product ni. Happy, Kalut Ribut, Takut,, macam2 la perasaan dan pengajaran ada.. Sebabnye satu je.. Buat last minutes..

Bermula 31 Mei (last date for contest's submission), Alya bangun pagi tu dah tak sedap duduk dah. Teringat tak buat ape2 pun lagi (except 4 d ideas) untuk join contest Sus. (Actually, mlm2 sebelum tu Alya sibuk siapkan order yang lain, and sedikit pembacaan utk kuiz. Tu yang tak sempat nak prepare awal.. Huh~ Alasan!) So, kelas pagi tu pukul 10 pg - 1 pm dah tak leh duk diam. Tangan dah mula lukis2 draf gambar yang nak anta tu. Dalam kepala otak tak yah cakap la.. NAK BALIK BILIK CEPAT! Nak menjahit lagi, snap pics lagi, editting lagi.. Huhu.. Habis je lecturer cakap "Ok, Lets end our class with Surah al-Asr".. Alya dah senyum n tengok pintu memanggil2.. huhu.. Cepat2 marathon ke bilik and mulakan misi..

So, start 1.30 pm - 5.30 pm, Alya sempat siapkan Bear, Butterfly, Bunga, and Name Tag. Alhamdulillah. Sangat cepat tau. Tambah2 Alya as a beginner jugak la dalam felt crafting ni.


So, next step, snap pictures. Tetibe hujan lebat selebat2nye plak. Aduih.. Nasib baik Alya ada back-up plan. Tapi Alya still tunggu hujan reda. Dah reda, Alya dah gabra nak mintak tolong sape la amikkan gambar ni. Sebab kawan2 Alya baru habis kelas and for sure diorang MESTI penat. Tapi syukur la, Hah sanggup tolong. Baguss! Terus set gitu gini and siap amik gambar.

Proceed to next stage.. Editting. Naik bilik, transfer, edit, edit n edit. Mase ni la plak Adobe Photoshop ku 'brona' (buat hal). Lembap semacam, but still functioning. Aii.. Istighfar je dalam hati banyak2. Redha je sempat ke tak nak submit ni. Dalam lepas Isya', perut dah berbunyi2 tak makan lagi. Alya pun terus turun bilik TV (tempat wireless laju.. UIA punye laa..). Hantar kamera 'sewa' kat tuan dia (FIY, Alya tak de kamera sendiri ye. Hp Sony 2 Mega Pixels tu pon tak leh harap. So, sewa je la.. Miskin aku..~_~) and sambung edit gambar kat bilik TV.

Yerp.. Gambar Alya mesti ade props. Tu, keychain Love ngan Munge yang kawan2 order. Pinjam jap ye..

Ni antara gambar Alya mengarut2 sebab takde idea.
(jam pukul 6.30ptg, kat court depan bilik Alya)

Dalam pukul 11.45 mlm gitu la Alya send gambar kat Sus. Bile dah tulis SENT!, Alya pun tarik nafas dalam2, tanda lega. huhhh... Lepas sengsara harini.. Perut lapa gile masa tu.. Nak cari mane la makanan masa2 camtu. Alamatnye tunggu esok je la..

Yang ni la gambar yang jadi cabaran kepada contestant yang lain. Yeke?

So, itulah semua mehnah I lalui ari tu. Pengalaman yang sangat Best. Sungguh. Belajar erti masa menjahit berkualiti bila dah last minutes camtu. Belajar erti berdikari sebab kena cari kamera nak sewa. (Biase nya Alya pinjam Aisha, my classmate punye camera. Tapi die ade assignment nak gune camera plak. So terpaksa la Sewa..) Belajar berlapar. Belajar macam2 la. Alya tawakkal je menang ke tak. Kalau menang, means that Tuhan murahkan rezeki Alya, tak payah dah nak membeli belah barang kraf wat sementara waktu. Tapi kalau tak dapat, takpe lah. Belum bukan takde ye.. ade rezeki lagi nak dapat adiah free.. Yang penting pengalaman yang pengajaran yang boleh Alya amik dari setiap yang berlaku. Insyallah.. Experience is the best teacher kan?

Okeyp ye.. Time kasih sudi singgah and baca en3 ni. Lame tak menulis pengalaman cam budak kecik camni.. hehe.. Takpe, boleh tunjuk kat anak cucu yang mak @ nenek dia dulu suke wat keje last minutes. Jangan ditiru sudah.. Bye!