17 December 2010

Update.. Update..


Hai hai hai semua.. Alya kembali! Alya tau ade yang tertunggu2 update dari Kaseh Ibunda Crafts ni. Hehe, perasan plak. I am so so so sorry for that. Not updating blog, n even a very minimal work of crafting.

FYI, Alya sekarang baru je seminggu masuk blaja balik. Baru lepas add drop subjects, manage timetable n takwim program. Current update from me:

1. Study: total credit hour now is 22.5. Class from 830am-10pm. Phew~ But no class on Friday! ;)

2. Cuti sem aritu: Alya menyibukkan diri dgn kenduri situ sini. Bertunang la, nikah la, mcm2. Pastu, Alya ade gak menjahit n siapkan order. Buat bantal bucuk untuk Alya gak. :P
Tunjuk sket je ek? Bantal ni bentuk love sebenarnye.

3. Order Encik Zamir: 60% finished! Tapi lagi 40% asyik terbantut je nak siapkan.. :(

4. Misi menkecikkan badan: My target is to achieve at least 50kg. Nasi sekali sehari je. Doing sit-up exercise after and before sleep. Swimming once a week. Insyallah..

5. Get active in clubs. Asah budaya ilmu n develop soft skills as much as I can. More important, contribute to youngsters esp when it comes to social ills, n to play my roles as educator n member in society. Insyallah..

6. n macam2 lagi lah..

Ni Alya list yang penting2. Yang sampingan2 pasal ekonomi diri tu biarlah rahsia. Huhu..

So, what I expect to do this coming year is focus on my study n clubs. Nak tak nak, Alya terpaksa letakkan crafting ni dalam ranking bawah. Means, bile Alya betul2 free barulah Alya boleh menjahit. Bukan tak nak, tapi masa membataskan Alya. Huish, tapi Alya tau, dalam seminggu tu, Alya mesti pegang jarum jugak. Mane leh tahan weh. Geram!

Ni Alya nak kongsi gambar Alya yang bakal busy ni. Ni baru 1st week study, dah dapat keje itu ini. Lepas2 ni tatau la..

Alya masuk Tv okeh? haha..
Actually being nominated to be audience on Meja Bulat Forum at Awani.

Ok, for all my customers, harap anda bersabar ye. N Alya harap korang tak push Alya k? Kalau korang rase nak cancel order, Alya tak kesa. Untuk customer yang sangat2 bersabar, Alya saaayang korang sangat. Jangan serik ye!

Alya rase cukup sampai sini. Next update insyallah bile Alya dah siapkan order Zamir. Before I end up, Alya harap korang doa2kanlah Alya ye. Dipermudahkan segalanya n supaya Alya kuat selalu. (Sakit sokmo Alya ni, sakit hati!) OK? Alya pun doakan yang terbaik utk semua. Insyallah.

See u again! tata!

29 October 2010

Hari Jadi?

Salam semua..

Hari Jadi? Hari di jadikan ke? Tak kan? Tapi kite selalu sebut hari jadi kan? Better Hari Lahir kan? Tapi orang jarang gune sebab skema. Tapi trend skang cakap omputih. Birthday. Kan?

Ape2 je laa.. Alya sebenarnye dah melanggar etika seorang pelajar yang amik exam 2-3 hari dari skang ni. Ade ke pulak mase pegi menjahit? Haish.. Memang ari ni Alya tak pegang buku langsung kot. Mule2 pegang la, konon nak jahit sambil bace buku. Last2 buku ntah ke mane.. Jarum ngan kain felt je depan mata. Ishk. Esok kena pulun habis2an ni..

Back to d topic, hari ni birthday kawan Alya, Aisha name die. Die dah banyak kali order ngan Alya. Siap g promot kat sdare mare lagi kowt. So disebabkan birthday die hari ni, Alya ade buat sesuatu kat die..

Meh layan gambar..

I made a cake. Felt cake. Huhu. Sayangnye takleh makan..


Also a special card for her. Attached on d top of d cake. Haha. Kad la konon...


Ala-ala krim yang mengalir2 la ni.. Hiks..
Di hiasi coklat smarties di tepi krim.. Huhu..


D other side view..


Alya pun tatau kek ape ni. Buah stoberi pun ade, buah oren pun ade.
Biskut rokok pun ade. Krim pun ade.. =P

Ni kek yang kitorang makan tadi.
Harus la kek murah je. Bajet student akhir sem. Pokai..

Birthday girl yang kena prank.. Huhu..

Kami yang mem'prank'kan keadaan. Hihi..


Lepas Ecah bukak hadiah. Tecik je kek tu sebenarnye. Jauh beza dari kek sebenar.. =)

Ok.. Habis cerita Felt Cake..


Ni pulak Alya buatkan bunga sebagai hadiah Hari Lahir roommate Alya; Hazzarita.
Happy Belated Bithday dear!

Tapi lepas siap baru tau yang Rita suke warna Biru. Spoil betol la..
Lain kali la pulak kalau nak bunge kaler biru ye Rita.. =)


Yang ni Kak Nad order tadi. Sori ye customer lain, sila marah Kak Nad. Die yang nak potong barisan. Alya tak tawu... =P

Bunga Purple untuk 'Abeer. Kawan Kak Nad agaknye..
Saje Alya terus buat lepas Kak Nad mesej semalam. Kalau tertangguh takut tak ingat.
Nasib akak suke kan? Thanks.

22 October 2010

Order Anis

Assalamualaikum semua..

Hihi.. Nak senyum lebar la.. Alya berjaya update blog arini.. =) Setelah sekian lama ditimbuni dengan perkara-perkara yang menyesakkan otak n dada ku ni, Alhamdulillah akhirnya Alya berjaya jugak siapkan order Anis n sekaligus update blog. Sukee.. Rasa macam lepas beban besar. Padahal next order ni laagi la bebanan besar.. Ok2.. Tak nak pikir.. (boleh ke camtu?)


Ok la, proceed to main topic. Alya dah pos order Anis ni semalam. Anis order bunga manyak2. Nak bagi kawan2 die untuk konvo kate nye.. Order bukan main lame dah. Kesian Anis duk tunggu2 lame2.. Sori ye Anis.. Naseb baik la konvo die delays in end Nov. Sempatlah Alya siapkan.. hihi..



Semua Hp Charm Bunga.. Ada 18 pcs sume..



Macam2 warna ade. Biru dengan geng2 nye. Hijau, Pink, Purple, Kuning, Oren..





Dah tu, semua plak ade nama kat belakang. Memang spesial lah! huhu..

Tag nama untuk Anis, Tasya, Mai dan Iera..

Ok, tu je.. Harap Anis suke ye. Really appreciate ur patience.



Ni plak bukan order Anis dah. Cuma nak tunjuk hasil kerja Alya buat flower brooches ni. Suke gak wat benda ni. Simple. Belum ada niat nak jual, cume ingat nak bagi orang je. Biasenye, Alya akan bagi flower brooches ni as free gifts kpd customer2 terpilih. Kepada customer yg dah dapat flower brooches ni, Tahniah! Harapnye korang suke n boleh guna.


Alhamdulillah, semua assignments dah selamat hantar. Sekarang just tinggal few weeks b4 final exam. Segala jenis notes n buku2 dah Alya susun untuk baca. Harapnya tak kalut malam exam nanti. (selalunya study last minit. hihi).. Tak sabar nak habis exam n siapkan order En. Zamir plak. Lame dah dia tunggu. Sabaq naa.. Sikit je lagi. Insyallah.


Pesanan untuk crafter2 lain, jangan gatai nak buat sale ke ape ek time Alya exam nanti. Nanti gatal tangan nak blog-hopping. Ingat ye!

Untuk Sus, Alya suke sgt perkembangan (bisnes ye, bukan badan!) kakak Alya sorang ni. Makin maju. Alya doakan semoga akak terus sukses ye.

18 September 2010

Pouches for my family..

Salam semua..

Sebelum Alya balik ke kampus aritu Alya sempat jahitkan pouches utk Ummi Alya, adik Alya n my eldest bro. Cam tak caye jugak sebenarnye, dalam 1 malam, Alya bjaya buat semua ni. Kire banyak la tu, sebab Alya memang failed sebenarnye jahit2 mesin ni. Esp kalau nak jahit zip. Memang bermasalah. Tapi Alhamdulillah, kali ni cam makin senang je nak jahit zip. Tu la orang kata experience is the best teacher kan? Walaupun ade lagi yang perlu di baiki..

Ni semua 4 pouches tu.. Atas sekali Alya punye.
Followed by my Ummi punye, Abang punye, n Ain punye..

Alya gune fabric dari Kak Ayu utk pouch Ummi. Ala-ala vintage gitu la..
Untuk pouches Alya n my bro, Alya guna hadiah giveaway Kak Tini aritu.
Thanks again kakak2 sekalian!


Yang 2 ni, spesel sket. Alya jahitkan tali utk senang nak pegang kat belah kanan.
Pastu, kalau perasan, Alya letak handmade label kat belah kiri.
Wahh.. Suke!

Tapi 2 je yang sempat.

Pouches ni tak besar sangat pun. Tengok model Alya (darjah satu) pegang.

Ni plak cara pegang kalau yang takde handle.
Percaya atau tidak, abang Alya pakai yang ni. Die yang pilih fabric ni.
Bagus ade abang yang tak cerewet. =)

Dan percaya atau tidak, abang Alya bawak pouch ni pegi ofis n surprisingly kawan2 die dah start nak order. Waahhh.. Tak sanggup mak! Order keychain felt yang berjuta2 tu belum disiapkan lagi. Bukan tolak rezeki, tapi belum masanya lagi. Sori ye abang!

Next Project: Order Anis..
Order En Zamir kena postponed jap, sebab cik Anis nak cepat.
Mampukah???

12 September 2010

Salam Eid Mubarak 1431h


Salam Eid Mubarak untuk semua:
  1. followers kasehibunda
  2. pelanggan tegar kasehibunda (tetap nak order wlaupun bertahun kena tunggu..)
  3. all crafters esp in Craft Zone
  4. silent viewers in kasehibunda
  5. n sume la yang terlibat secara langsung atau tidak

again, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf kan Alya atas segala ketelanjuran kata, segala kekurangan dalam hasil kerja, servis dan layanan, dan atas segala perlakuan yang mungkin menyinggung hati anda semua. Maafkan Alya ye. Yang baik itu dari Allah, yang kurang dan lemah itu datangnya dari Alya dan kasehibunda sendiri. Maafkan Alya ye..

Gambar diatas: Memori di pagi Syawal. Tema putih tahun ni. Sorang lagi adik Alya takde dalam gambar. Duk di perantauan. Sori ye dik!

Kami memang tak betol sebenarnye! haha..


Kami bertiga je warga perempuan dalam keluarga. Ain (my sister), Ummi, Me..


Alhamdulillah, wa syukurillah. Segala puji buatMu ya Allah,
Bermulanya 1 syawal, maka kembali lah manusia ke alam fitrah setelah kita menjalani proses mujahadah di bulan Ramadhan. Moga2 tarbiyah Ramadhan berjaya menjadikan kita musleem yang bertakwa. Insyallah.

Salam Eidul Fitri. Kullu 'am wa antum bikhair.