13 August 2011

Hp Case + Pencil Case

Introducing....
1: Hp Case Love Theme



and 2: Pencil Case Roses Theme
Simple. With Roses motives.
8' x 4'
Cotton Lining.

Alya dah dapat teknik baru utk buat roses. Tapi tak sempat nak apply kat pencil case ni. Sebab ni dah siap lame, cuma tak bagi-bagi lagi kat tuannya.. Next time lah. Alya ingat nak buat pin tudung kot.. Tengoklah macam mane..

Otak tgh beku lg dek cerita tu. It demotivates me so much. I have haters now. Tak sangka. Takpelah. Cabaran~ Doakan Alya kuat ye kawan2...

Dah masuk fasa ke-2 Ramadhan. Maghfirah, Maghfirah. Jom kejar!

12 August 2011

Yes, Its my Bad!

Bila Alya buat salah, memang tak tahu nak cakap apa. Kelu lidah, tak terluah apa2 kecuali maaf. Alya minta maaf pada yang berkenaan.

Its all inspired by Mikylayna.
Kak Sab punya haruslah super cantek lagi..

I'm very sorry on my bad.
Seriously, nothing much to say. Speechless.
Tak mahu menegakkan benang yang basah.
Cuma terkejut sebab benda ni berlaku just a day lepas Alya super happy. Takpelah..
Yang salah perlu minta maaf. Dan kutip pengajaran yang besepah sepah.
Terima Kasih pada pengajaran.. :)

Cuma peringatan pada kita yg sentiasa lupa;
Ada 1 hadis riwayat Muslim berbunyi
"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat. Barang siapa memudahkan urusan mukmin yang sulit, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di akhirat kelak. Barang siapa yang menutup aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat." === Jagalah aib orang..
Contohilah pohon kurma; tinggi cita citanya, kebal dari penyakit, dan jika dibaling dengan batu, ia membalas dengan menggugurkan buahnya. === Alya tak boleh putus asa!

~END~

10 August 2011

Featured in Sinar Harian 9 Aug '11

Salaam semua... Selamat berpuasa semua.. Macam mana Ramadhan anda kali ni? Harap harapnya semua makin baik.. :)

Semalam sape beli paper Sinar semalam? haha.. Sape perasan Alya menyelit kat situ? hihi.. Segan sebenarnye nak buat entri ni. Macam nak kipas diri sendiri. Tapi memandangkan ramai yg request, sebab ramai yg tak baca paper, so Alya hormati permintaan anda sume..

Alhamdulillah, tak sangka story Alya ni keluar dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Alya harap ianya satu titik tolak baru dalam perjalanan Alya sebagai se1 part-time-crafter..
Ok, ni full page okeh pasal Alya. Agak2 ape perasaan Alya ek? huhu~

Dalam ruangan Niaga Online. ^^

Memang 1 page full cite pasal cek mek Alya ni.. haha.. menyampah tak? lalalala~~

Terima kasih kak Hana; wartawan yang interview Alya. Sangat bersabar okeh, melayan Alya yang banyak songeh ni.. :D

Zoom ye untuk paparan yang lebih jelas. Sory, Alya takde scanner, so senget benget la amik gmbar paper ni...

Muka clean n clear konon dalam gambar. Padahal?? haha.. :D

Alya tak lupa mempromosikan CraftZone n my only Sifoo, SUS!
thanks u olls!

Full page! Again, tak sangka!

Okeh, sekarang ruangan ucapan penghargaan ala-ala dapat anugerah gittew.
Alya nak ucapkan terima kasih yang teramat amat sangat kepada:

Firstly to my beloved parents, walaupun takde kredit lgsg pasal my family; which is also my main supporter in this field, Alya nak menyanjung sangat2 semangat umi baba n adik beradik lain yang tak-putus-putus bagi sokongan baik modal, kritikan ataupun cadangan.
Secondly kepada rakan-rakan crafter lain yang banyak tolong Alya dan melayan ketidakretian (haha, term!) Alya dalam bidang ni. Rakan2 dalam CraftZone dan Sus.. :) sumelah~
Thirdly pada pelanggan setia Alya yang sangat2 bagus dan sangat2 memahami keadaan Alya sebagai part-time-crafter.
Forthly kepada rakan2 sekelas Alya, nak kena sebut ke? Ramai nie. Tanpa korang, aku takkan rajen menjahit camni.. hoyeah!
n Lastly kepada sume yang sentiasa menyokong Alya yang kecit cinonet ni dalam bidang jahit menjahit ni. Tak sangka lah pulak bile dah masuk paper cmni baru tahu ramai yang sokong kite. Thankssss sangat2 ye!

Wah, panjang bebenor ucapan-tak-leh-blah Alya ni. Bukannye nak batak sangat ucap2 bagai, tapi Alya betul2 nak berterima kasih pada anda anda semua.. Ni je lah cara Alya boleh buat utk rakamkan ucapan terima kasih tu.. Alya doakan anda semua dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan baik di dunia, mahupun di akhirat.. ameen~

Thanks~
I believe it is not about glamour, but its all about trust. Doakan Alya same ye sume..